Latar belakang Falling_in_Love_(lagu_Siti_Nurhaliza)

Datuk Siti Nurhaliza mempunyai kerjaya 16 tahun dalam industri muzik Malaysia, bermula dengan menyertai Bintang HMI, seterusnya melancarkan kerjaya muziknya bersama Suria Records dan kini membina nama bersama syarikat miliknya, Siti Nurhaliza Productions dan syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Beliau telah merakamkan 15 album studio dengan 14 daripadanya ialah album bahasa Melayu. Pada Februari 2011, Siti mengumumkan bakal menembusi pasaran muzik antarabagsa apabila beliau akan melancarkan album bahasa Inggeris pertamanya yang memuatkan 10 lagu yang telah disiapkan pada awal tahun yang dijangka akan menjengah pasaran selewat-lewatnya pada pertengahan atau akhir 2011. Lagu “Falling in Love” telah diperkenalkan sebagai single pertama Siti untuk album bahasa Inggeris sulungnya, All Your Love yang diterbitkan oleh What’s Up? Entertainment milik anak tirinya, Adib Khalid. Ini bukanlah kali pertama Siti menyanyikan lagu Inggeris, sebelum ini, Siti juga banyak kali memerdendangkan lagu Inggeris termasuk “The Colour Of My Love” (nyanyian asal Celine Dion), “We’ll Be As One” (versi bahasa Inggeris lagu Satu Cinta Dua Jiwa) dan “Don’t Put My Heart On Hold” (versi bahasa Inggeris daripada lagu Beradu di Khayalan).

Rujukan

WikiPedia: Falling_in_Love_(lagu_Siti_Nurhaliza) http://www.1liriklagu.com/lirik-falling-in-love-si... http://www.mtvasia.com/music/artists/siti-nurhaliz... http://www.sitizone.com http://www.gua.com.my/berita-artis/Flashmob_Dalam_... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://www.nib.com.my/archives/text/view/69795612?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/72238229?... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.mediahiburan.my/video/falling-in-love-v... http://www.marinabaycountdown.sg/blog/index.php?re...